Tuesday 25 April 2017

CABARAN PENGGUNAAN INSTAGRAM

Sekarang para pelanggan boleh mendapatkan sebarang maklumat mengenai produk dengan lebih cepat melalui akses ke atas talian dan membuat perbandingan servis yang ditawarkan oleh peniaga. Oleh itu, usahawan perlu memastikan bahawa mereka mempunyai strategi pemasaran yang unik berbanding pesaing mereka supaya dapat menarik minat para pembeli. Bagi menyediakan servis yang terbaik kepada pelanggan, mereka seharusnya terlebih dahulu harus melengkapkan diri dengan ilmu supaya dapat berurus niaga dengan bijak dan tidak menjejaskan reputasi perniagaan

Para pelanggan di atas talian yang menggunakan media sosial sebagai tempat membeli-belah kebiasaannya bersikap lebih cerewet dan mereka juga mengharapkan layanan terbaik diberikan kerana mereka tahu terdapat ramai lagi usahawan yang menjalankan perniagaan yang sama dan menawarkan perkhidmatan yang lebih baik. Oleh itu, langkah pertama yang perlu diambil oleh peniaga bijak ialah mempamerkan layanan yang mesra dan tidak lokek dalam memberikan khidmat nasihat kepada pelanggan walaupun mereka belum tentu membeli. Ini juga dapat membantu dalam meningkatkan tahap kesetiaan pelanggan tersebut pada masa akan datang. Manakala, jika peniaga memberikan layanan yang kurang baik dan tidak mesra kepada pelanggan, ini boleh menjejaskan perniagaan mereka kerana pelanggan yang tidak berpuas hati akan mengkritik secara terang-terangan di ruangan komen yang mana dapat dibaca oleh para pengguna media sosial yang lain juga. Ini boleh menjejaskan kepercayaan orang ramai kepada perniagaan tersebut kerana media sosial menjadikan maklumat tersebar dengan lebih cepat.

Sikap iri hati dan cemburu melihat kejayaan usahawan yang lain juga menjadikan media sosial sebagai tempat untuk menjatuhkan perniagaan pesaing. Sebagai contoh, mereka yang mempunyai kepakaran dalam teknologi maklumat boleh melakukan khianat dengan menyebarkan virus, malware dan phising thread. Manakala, ada segelintir pengguna media sosial mengaut keuntungan dengan membuka akaun palsu bagi tujuan memperdayakan pelanggan walhal peniaga yang sebenar tidak  pernah membuka akaun tersebut dan akhirnya menjadi mangsa kecaman

Usahawan yang menggunakan media sosial sebagai tempat untuk berniaga haruslah bersedia 24 jam terutamanya dari segi mental bagi melayan karenah pelanggan yang berbagai. Sikap tidak komited dalam menjalankan perniagaan juga boleh menjadi punca ianya tidak maju seperti kebanyakan pengusaha yang lain. Mereka harus bersikap lebih rajin dan peka mengemaskini sebarang maklumat dalam akaun bagi membolehkan pelanggan mengetahui perkembangan semasa mengenai servis atau produk yang ditawarkan. Komunikasi dua hala yang baik antara peniaga dan pelanggan seperti bahasa yang digunakan juga menjadi ukuran kepada prestasi perniagaan, oleh sebab itu para peniaga perlu memanfaatkan media massa dengan sebaik-baiknya


Terdapat juga situasi dimana peniaga di atas talian menjalankan perniagaan tidak jujur dengan produk yang sampai ke tangan pelanggan tidak sama dengan apa yang dipamerkan di media sosial.  Ini sedikit sebanyak memberikan kesan negatif kepada peniaga-peniaga di atas talian yang lain. Selain itu, peniaga atas talian juga terdedah kepada risiko perniagaan yang mana strategi pemasaran mereka berkemungkinan ditiru atau diciplak oleh pesaing mereka.

No comments:

Post a Comment