Tuesday 25 April 2017

KESAN PENGGUNAAN

Menembusi Pasaran Luar

Usahawan yang menggunakan media sosial sebagai medium untuk berniaga juga dapat menembusi pasaran luar seperti Singapura dan juga Brunei disebabkan pengguna media sosial  adalah datang dari latar belakang dan juga negara yang berbeza. Ini memberi peluang kepada mereka untuk menerokai pasaran yang lebih luas yang mana lebih banyak keuntungan bakal diperolehi jika usahawan tersebut bijak menggunakannya untuk mempromosikan produk mereka. Sesetengah produk yang tidak terdapat di negara lain juga menjadikan perniagaan atas talian lebih unik kerana pelanggan kini boleh membelinya melalui media sosial dengan hanya menekan butang carian.

Perhubangan Dua Hala

Ruangan komen yang terdapat pada setiap media sosial juga membolehkan para peniaga berinteraksi secara terus dengan pelanggan mereka sama ada dari dalam atau luar negara. Ini membolehkan mereka berhubung secara dua hala tanpa sebarang masalah dan kos yang mana boleh mengeratkan lagi hubungan antara pelanggan dan peniaga. Sebagai contoh, Instgram merupakan laman sosial yang paling banyak digunakan untuk tujuan perniagaan kerana paparan serta ciri-cirinya yang amat sesuai untuk tujuan berniaga.

Penjimatan Kos Operasi

Pengguna media sosial yang ramai akan memberi manfaat kepada para peniaga termasuk menambah bilangan peminat jenama mereka ataupun dikenali sebagai pengikut di media sosial dengan lebih cepat. Manakala, penjimatan yang dapat dilakukan pada kos operasi pula boleh digunakan untuk mengurangkan harga yang dikenakan ke atas servis atau produk yang ditawarkan kepada pelanggan. Ini dapat memberi tambah nilai kepada mutu perkhidmatan yang mana harga yang ditawarkan adalah jauh lebih murah berbanding dengan pesaing-pesaing mereka yang berniaga di premis-premis perniagaan.

No comments:

Post a Comment