Tuesday 25 April 2017

JZ EMPIRE ENTERPRISE

Syarikat JZ ini merupakan syarikat milik keluarga. Syarikat ini ditubuhkan pada awal tahun 2017. Syarikat ini menjual produk makanan. Syarikat ini juga membuat Kuih Raya pada setiap tahun tanpa mengira masa dan mengikut tempahan pengguna.


Pelbagai Jenis biskut dan Honey Semperit 

Black Forest Cokies

Loaded Sugar dan Cruncy Cornflakes 

Loaded Sugar dan Monster Tart


Monster Tart

Antara Promosi yang dilakukan

Pembungkusan dan Penghantaran

CABARAN PENGGUNAAN INSTAGRAM

Sekarang para pelanggan boleh mendapatkan sebarang maklumat mengenai produk dengan lebih cepat melalui akses ke atas talian dan membuat perbandingan servis yang ditawarkan oleh peniaga. Oleh itu, usahawan perlu memastikan bahawa mereka mempunyai strategi pemasaran yang unik berbanding pesaing mereka supaya dapat menarik minat para pembeli. Bagi menyediakan servis yang terbaik kepada pelanggan, mereka seharusnya terlebih dahulu harus melengkapkan diri dengan ilmu supaya dapat berurus niaga dengan bijak dan tidak menjejaskan reputasi perniagaan

Para pelanggan di atas talian yang menggunakan media sosial sebagai tempat membeli-belah kebiasaannya bersikap lebih cerewet dan mereka juga mengharapkan layanan terbaik diberikan kerana mereka tahu terdapat ramai lagi usahawan yang menjalankan perniagaan yang sama dan menawarkan perkhidmatan yang lebih baik. Oleh itu, langkah pertama yang perlu diambil oleh peniaga bijak ialah mempamerkan layanan yang mesra dan tidak lokek dalam memberikan khidmat nasihat kepada pelanggan walaupun mereka belum tentu membeli. Ini juga dapat membantu dalam meningkatkan tahap kesetiaan pelanggan tersebut pada masa akan datang. Manakala, jika peniaga memberikan layanan yang kurang baik dan tidak mesra kepada pelanggan, ini boleh menjejaskan perniagaan mereka kerana pelanggan yang tidak berpuas hati akan mengkritik secara terang-terangan di ruangan komen yang mana dapat dibaca oleh para pengguna media sosial yang lain juga. Ini boleh menjejaskan kepercayaan orang ramai kepada perniagaan tersebut kerana media sosial menjadikan maklumat tersebar dengan lebih cepat.

Sikap iri hati dan cemburu melihat kejayaan usahawan yang lain juga menjadikan media sosial sebagai tempat untuk menjatuhkan perniagaan pesaing. Sebagai contoh, mereka yang mempunyai kepakaran dalam teknologi maklumat boleh melakukan khianat dengan menyebarkan virus, malware dan phising thread. Manakala, ada segelintir pengguna media sosial mengaut keuntungan dengan membuka akaun palsu bagi tujuan memperdayakan pelanggan walhal peniaga yang sebenar tidak  pernah membuka akaun tersebut dan akhirnya menjadi mangsa kecaman

Usahawan yang menggunakan media sosial sebagai tempat untuk berniaga haruslah bersedia 24 jam terutamanya dari segi mental bagi melayan karenah pelanggan yang berbagai. Sikap tidak komited dalam menjalankan perniagaan juga boleh menjadi punca ianya tidak maju seperti kebanyakan pengusaha yang lain. Mereka harus bersikap lebih rajin dan peka mengemaskini sebarang maklumat dalam akaun bagi membolehkan pelanggan mengetahui perkembangan semasa mengenai servis atau produk yang ditawarkan. Komunikasi dua hala yang baik antara peniaga dan pelanggan seperti bahasa yang digunakan juga menjadi ukuran kepada prestasi perniagaan, oleh sebab itu para peniaga perlu memanfaatkan media massa dengan sebaik-baiknya


Terdapat juga situasi dimana peniaga di atas talian menjalankan perniagaan tidak jujur dengan produk yang sampai ke tangan pelanggan tidak sama dengan apa yang dipamerkan di media sosial.  Ini sedikit sebanyak memberikan kesan negatif kepada peniaga-peniaga di atas talian yang lain. Selain itu, peniaga atas talian juga terdedah kepada risiko perniagaan yang mana strategi pemasaran mereka berkemungkinan ditiru atau diciplak oleh pesaing mereka.

KESAN PENGGUNAAN

Menembusi Pasaran Luar

Usahawan yang menggunakan media sosial sebagai medium untuk berniaga juga dapat menembusi pasaran luar seperti Singapura dan juga Brunei disebabkan pengguna media sosial  adalah datang dari latar belakang dan juga negara yang berbeza. Ini memberi peluang kepada mereka untuk menerokai pasaran yang lebih luas yang mana lebih banyak keuntungan bakal diperolehi jika usahawan tersebut bijak menggunakannya untuk mempromosikan produk mereka. Sesetengah produk yang tidak terdapat di negara lain juga menjadikan perniagaan atas talian lebih unik kerana pelanggan kini boleh membelinya melalui media sosial dengan hanya menekan butang carian.

Perhubangan Dua Hala

Ruangan komen yang terdapat pada setiap media sosial juga membolehkan para peniaga berinteraksi secara terus dengan pelanggan mereka sama ada dari dalam atau luar negara. Ini membolehkan mereka berhubung secara dua hala tanpa sebarang masalah dan kos yang mana boleh mengeratkan lagi hubungan antara pelanggan dan peniaga. Sebagai contoh, Instgram merupakan laman sosial yang paling banyak digunakan untuk tujuan perniagaan kerana paparan serta ciri-cirinya yang amat sesuai untuk tujuan berniaga.

Penjimatan Kos Operasi

Pengguna media sosial yang ramai akan memberi manfaat kepada para peniaga termasuk menambah bilangan peminat jenama mereka ataupun dikenali sebagai pengikut di media sosial dengan lebih cepat. Manakala, penjimatan yang dapat dilakukan pada kos operasi pula boleh digunakan untuk mengurangkan harga yang dikenakan ke atas servis atau produk yang ditawarkan kepada pelanggan. Ini dapat memberi tambah nilai kepada mutu perkhidmatan yang mana harga yang ditawarkan adalah jauh lebih murah berbanding dengan pesaing-pesaing mereka yang berniaga di premis-premis perniagaan.

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN INSTAGRAM

KEBAIKAN

Pilihan

Dengan penggunaan media baru, perniagaan kini mempunyai lebih banyak pilihan. Pengguna boleh mendapatkan maklumat tentang perniagaan yang dijalankan dengan mudah.  Pemilihan antara TV, radio atau iklan bercetak yang kini membolehkan pengguna menggunakan media yang dapat mengabungankan unsur-unsur audio, visual, teks dan media interaktif. Media campuran ini boleh menarik pelanggan yang lebih ramai dengan tujuan yang berbeza. 

​Teknologi

Teknologi baru boleh menjadi aset untuk perniagaan. Penggunaan telefon pintar dan komputer riba dapat mempengaruhi lain perniagaan. Sebagai contoh, teknologi mudah alih menjadikan komunikasi antara kalangan pekerja lebih mudah dan berkesan. 

Pasaran Luas

Penggunaan media baru dalam perniagaan boleh menarik lebih ramai pelanggan berbanding sebelum ini. Pelbagai kaedah promosi mudah dilakukan melalui giveaway atau freebie. Promosi ini dapat menarik beratus-ratus atau beribu-ribu pelanggan melalui sosial media seperti Facebook dan e-mel serta mesej teks.  bermakna bahawa perniagaan boleh menghantar mesej kepada pengguna ini dengan hanya sentuhan butang. 

​Maklumat lebih cepat

​Melalui media digital, syarikat-syarikat bole menyalurkan maklumat kepada orang ramai dengan lebih pantas., syarikat kini boleh membuat promosi menarik melalui e-mel, rangkaian sosial, laman web mereka dan iklan Internet. 




KEBURUKAN

Enggan bersosial 

​sebagai pengguna internet dikatogerikan sebagai golongan masyarakat yang enggan bersosial kerana mereka lebih suka menghabiskan masa di hadapan komputer sahaja. Keadaan ini menyebabkan masa bersama-sama keluarga, sahabat dan jiran semakin dilupakan sehingga hubungan itu menjadi renggang pula. Sudah pasti keadaan ini tidak sesuai buat mana-mana pihak terutama remaja yang perlu menjalani kehidupan sebenar di luar yang boleh memberi banyak pengajaran kepada mereka kelak. Semakin lama seseorang itu melayari internet semakin kuranglah masa yang mereka habiskan dalam dunia realiti sebenarnya

Menyemai sifat malas 

​Penggunaan internet secara berlebihan dan tanpa kawalan juga menyebabkan seseorang menjadi malas untuk bergiat aktif dalam aktiviti aktiviti yang berfaedah. Aktiviti berfaedah seperti bersukan dan berpersatuan dapat menyihatkan badan tidak dapat sambutan. Pengguna kini lebih suka menghabiskan masa di hadapan komputer. Perkara ini amat merisaukan kerana ia mendatangkan banyak kesan negatif. Antaranya, pengguna akan jadi malas kerana badan tidak aktif. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia akan merosotkan prestasi pengguna. 

Terdedah kepada jenayah siber

​Jenayah siber ini terdiri daripada unsur penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian program atau data komputer, pencurian maklumat, penggodam dan lain-lain. Oleh hal yang demikian, pelajar akan melakukan jenayah siber terhadap institusi mereka sendiri atau mereka diupah dan dipergunakan oleh pihak tertentu untuk melakukan jenayah. Isu ini amat membimbangkan sekiranya berlaku masalah seperti pelajar menggodam portal institusi pengajian, menyebarkan fitnah secara berleluasa, menukar sumber maklumat di institusi dan sebagainya. Di samping itu, isu ini akan mempengaruhi minda pelajar dengan kenyataan kenyataan yang salah dari kenyataan yang tidak sepatutnya.